.jalan jalan sabah : poring.


.sebenarnya, aku tak termasuk pun dalam plan nak pegi poring ni.
.sebab yang pegi poring ni, just budak2 rumah biru je sebab diorang menang rumah sukan terbaik.
.aku rumah merah, dan rumah merah memang paling last la kan.
erk~

.tapi, disebabkan aku orang semenanjung, dan semua cikgu-cikgu pun tau yang aku confirm tak pernah pegi poring, so diorang pun ajak-ajak ayam.
.so, aku dengan ayamnya (eh ?), terus la semangat nak join.


.ok, memula aku nak bagitau, dalam bahasa dusun, poring tu maksud die buluh.
.kat area sini, memang banyak pokok buluh.
.so, terus tempat ni dapat name.
.poring ni memang famous dengan kolam air panas.
eh, tetibe sejarah bagai~

.ni plak kawasan sekitar.




.ade kanopi walk, tapi aku tak pegi sebab aku pakai jeans, macam tak sesuai nak masuk utan bagai.
.so, next time datang, pakai la attire yang sesuai :)

 .kolam mandi yang boleh tahan besar.

 .aku tak mandi, just celop2 kaki je.
haha~

.last-last, kitorg decide nak pegi air terjun.

 .jalan kaki dalam 15 minit jugak la.


  
.tadaaaaa.
.aku tau ko jelez kan.
haha~


.ok, tu bukan kaki aku.
.aku celop kejap je, then ikan tu gigit-gigit, serious geli.
.tak payah bayar pun,  masuk je kaki, terus ikan tu datang.
=___=


.next time, aku datang lagi, sebab nak pegi kanopi walk pulak.
.semangat !.


#aku yang melancong sambil bekerja :)



.cikgu pendidikan jasmani, apekah ?.


.ok.
.kalo korang still ingat, time aku jadik cikgu interim dulu, aku penah jadi cikgu pendidikan seni.
.tapi, sekarang ni, aku dah kne jadi cikgu pendidikan jasmani pulak.
.aiyoh, dah la major biology, tetibe kne ajar PJK.
.memang terkangkang la kan.

.semua dah sedia maklum sekolah aku takde padang.
.so kaedahnya, kne jalan kaki ke padang berhampiran.
.takde la jaoh sangat.
.10 minit je, melalui lembah, bukit dan denai.
mampoo ?

.aku pun tak pasal-pasal kne jalan kaki iring budak kan. =.=

.ok, ni la padang.
.ko nampak, siap ade pemandangan ber-background-kan gunung kinabalu lagi.





.budak-budak sini, kalo PJ, confirm maen bola.
.tu je peralatan yang ada.
sob sob~

.part yang aku rase tak best, ialah kat tepi padang ni ade sungai.
.agak sukar jugak la kan.
.ye la, baru sepak-sepak bola, tetibe dah out.
.masuk sungai.
.satu hal pulak kan nak kne kutip bola.


.dan aku merasakan, kebanyakan masa dihabiskan dengan mengutip bola yang terjatuh ke dalam sungai.
T_T


#terharu

.rabu l tak bercakap xix.


.takpe lah.


.demi anak bangsa katanya.
:) 


.kelip-kelip ku sangka api.


.ayie : weh, nak pegi mane ni ?.
.aku : kelip-kelip jom.

.tengok, simple tak dialog.
.tak payah pikir panjang, terus je pegi kuala selangor.
haha~



.comment aku pasal tempat ni simple : best giler, serious !.
.ade banyak banyak banyak banyak sangat kelip-kelip.
.tapi, kalo korang nak datang, make sure weekdays.
.tak ramai orang.
.atas sampan boleh lama-lama.

 .kat kedai cenderahati, tapi tak beli ape-ape pun. =.=

.ayie : then, nak makan kat mane ?.
.aku : nanti tanya masyarakat tempatan mane yang best.
.masyarakat tempatan : aroma ikan bakar kat jeram pun sedap gak, kat situ memang famous pun.

.so, dengan tak tau jalannya, terus je pegi.
.sesat-sesat sekejap, then baru jumpa signboard.




.kitorg order tomyam ayam, ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, sotong goreng butter, air fresh orange.
.then, ayie tweet, Qarl bace, then Qarl pun datang join sekali.
.sembang-sembang.
.sembang-sembang.
.dah pukul 12am.

.then, balik kL.
.simple je journey, tapi hepi.


#lepas aku post entry ni, terus #kelipkelip jadi trending.
(berangan....)

.ikea pun boleh.


.sebelum pegi sabah hari tu, aku memang nak jumpe iskwan.
.tapi tak sempat plak sebab banyak benda nak kena settle.
.tetibe, aku balik pulak cuti sekolah ni kan.
.so, sempat la jumpe die petang tadi.

.iskwan cakap, die keje kat damansara.
.alang-alang damansara, boleh jumpe aswad skali.

 .eh, ni aswad.

.ni la iskwan dengan aswad. haha~

.yea, tercapai gak hajat nak jumpe iskwan dengan aswad.
.kat ikea pulak tu kan.
.sempat la kejap makan meatball, karipap, chicken breast yang tak sedap, choc cake, egg tart, creme ape ntah...eh, banyak la plak kan. haha~
.maklum la, ranau takde.
nanges~


#nanti raya jumpa lagi


.sabahku sekolahku.


.giler geli dengan tajuk kan.
.abaikan.
haha~

.ok.
.aku nak post gambar sekolah aku kat sabah.


 .ni la name sekolah aku.
.al-madrasah katanya. =.=


 .dari kawasan sekolah aku ni pun dah boleh nampak gunung kinabalu.
.memang dekat la.
.area ranau ni macam cameron highlands la bagi aku.
.tempat die sejuk woooo.

.ok, start dengan kawasan sekolah.
.sekolah aku ni kecik je.
.memang sangat kecik.
serious~


 .ni bangunan kelas.
.ade lima kelas je.
.satu kelas, satu batch konsepnya.
.kan aku dah cakap skolah aku kecik je.


.sebelah bangunan kelas ni plak asrama lelaki.
.ko nampak bumbung yang kat belakang tu ?.
.tu asrama perempuan.


.ni la asrama perempuan.
.sebelah asrama lelaki.
.tak payah nak pagar batu besi kaca bagai.
.simple.
.gile awesome kan.


 .ni gambar bangunan kelas dari pandangan belah sini.
.depan kelas tu adalah dewan makan yang jugak kecik je.
.students just amek makanan then makan kat kelas je sebab dewan makan tak muat.


.ni plak bilik guru.
.meja aku yang kosong takde ape-ape tu. =.=
.cikgu ade 19 orang je.
.staff ade seorang sahaja.
.cool !.


.ni la umah warden yang aku tumpang tido buat mase ni.
.ala-ala semi-D version kampung.
.yes, umah warden sebelah, umah pengetua sebelah.
.very basic.


.inside the house : living room.


.bilik sementara aku.
.aku saje je nak gantung baju kat situ sebab nak nampak meriah.
boleh ?

.senang cite, ni plan sekolah aku.


1. asrama lelaki
2. asrama perempuan
3. bangunan kelas
4. bilik guru / pejabat
5. surau (tingkat atas)
6. dewan makan
7. umah warden
8. stor


 .ok, tu je.
.sekolah aku takde padang, takde makmal, takde kantin guru, 
takde bengkel KH, takde library.
.simple kan.
:)



#less is more

.message member member.


.cite aku posting kat sabah, semua orang dah tau.
.sekarang ni, aku nak cite pasal kisah aku sebelum aku pegi sabah plak.
.mase first time dapat tau aku kne posting kat sabah.

.lepas je aku dapat tau aku kne posting kat sabah, aku pun bagitau la member member.
.harus la kan.
.riuh sekampung katanya.

.so, ni adelah beberapa koleksi message dari member member.
.konon-konon wish la kan.




















.thanx you so much for those words.
.demi anak bangsa, aku sanggop ke sabah.


pui !